Decoration
23 – 26 April 2026 Hibrid · Fizikal & Digital Dataran Merdeka, KL

Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia

KOTA BACA 2026

Di Kota Ini, Semua Membaca

Inisiatif Pembudayaan Membaca & Agenda Literasi Nasional

23 – 26 April 2026 Khamis hingga Ahad
Dataran Merdeka, KL + Dalam Talian
Format Hibrid 4 Hari Penuh
Lihat Program
5
Kementerian
& Agensi

Penginstitusian
Budaya Ilmu Sebagai
Agenda Nasional

KOTA BACA 2026 adalah acara tahunan nasional yang diadakan sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia (UNESCO). Melalui pendekatan hibrid — menggabungkan program fizikal di Dataran Merdeka dan platform digital — acara ini bertujuan mengangkat literasi sebagai norma sosial dan gaya hidup seluruh rakyat Malaysia.

Satu landasan strategik untuk melahirkan generasi Malaysia MADANI yang berilmu, beradab, dan berkemahiran.

4
Hari Program
5
Kementerian & Agensi
100
Reruai Jualan Buku
100K
Sasaran Pengunjung

Objektif Strategik

KOTA BACA 2026 sejajar dengan empat tonggak dasar utama negara, melibatkan kerjasama rentas 5 Kementerian dan Agensi Pusat — sebuah pendekatan Whole-of-Government & Whole-of-Society.

01

Malaysia MADANI

Menyokong teras Daya Cipta dan Ihsan melalui pembangunan modal insan berpengetahuan tinggi.

02

Dasar Pendidikan Negara

Memperkasa agenda literasi merentas kurikulum dan komuniti institusi pendidikan.

03

Dasar Buku Negara

Mengukuhkan ekosistem perbukuan, merancakkan industri penerbitan, dan menjamin akses bahan bacaan berkualiti.

04

Komitmen Global (UNESCO)

Meraikan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia sebagai komitmen antarabangsa Malaysia.

Penginstitusian

Menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai agenda nasional yang wajib.

Pendemokrasian Ilmu

Membawa buku ke ruang awam (Dataran Merdeka) dan ruang digital yang mudah diakses.

Kelestarian

Model pelaksanaan yang kos efektif, boleh diukur, dan berimpak tinggi.

Pendekatan Hibrid Bersepadu

Program KOTA BACA 2026 dilaksanakan secara hibrid — menggabungkan komponen digital pada hari pertama dengan program fizikal berskala besar di Dataran Merdeka selama tiga hari berikutnya.

Digital

23 April 2026 (Khamis) · Dalam Talian & Media Sosial
  • Pelancaran Papan Pemuka Peta Malaysia MembacaDisempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan
  • Dashboard Masa NyataPaparan data pembacaan dan perbukuan kebangsaan
  • Siaran Video Pemimpin Membaca Bersama KeluargaYAB PM dan para Menteri
  • Jualan Buku Dalam TalianBook Capital (berpusat untuk penerbit) & TikTok Shop
  • Cabaran FYP #BookTokMalaysiaVideo membaca 30 saat secara besar-besaran
  • #MalaysiaMembaca di Luar NegaraTim Dubai, London, Jepun

Fizikal

24 – 26 April 2026 · Dataran Merdeka, KL
  • Pentas Utama Kota Baca 2026Pelancaran Kota Baca 2026
  • Persembahan Teater oleh Sekolah Seni MalaysiaPersembahan Teater oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM
  • Kelah Buku & Acara Tukar BukuKomuniti membaca bersama
  • Reruai Kementerian & Jualan Buku RakyatSasaran 5 reruai Kementerian/Agensi dan 100 reruai jualan buku rakyat
  • Larian Karakter Buku Menggabungkan gaya hidup aktif dengan budaya literasi
  • Zon OKU & Akses BukuAkses inklusif untuk golongan berkeperluan khas

Program Utama

Pelbagai aktiviti meriah tersusun di seluruh kawasan Dataran Merdeka selama tiga hari pelaksanaan fizikal, 24 – 26 April 2026.

Pentas Utama Kota Baca

Pelancaran Kota Baca 2026 sebagai simbolik agenda pembudayaan pembacaan Malaysia "Di Kota Ini, Semua Membaca"

Malam Serumpun Irama, Tari & Nyanyian

Persembahan Teater oleh Sekolah Seni Malaysia - Persembahan Teater yang menggabungkan pelbagai elemen menarik nilai penting aspek pembacaan ini diselia oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM

BUKABUKU oleh Keretapi Sarong

Penyertaan awam Keretapi Sarong menyerlahkan identiti Malaysia melalui budaya dan warisan, sambil memupuk minat membaca bersempena Kota Baca 2026.

Kelah Buku & Acara Tukar Buku

Sesi perbincangan santai dan pertukaran buku antara peserta — membina komuniti pembaca yang aktif.

Larian Karakter Buku

Larian bersama sempena kempen membaca — menggabungkan gaya hidup aktif dengan budaya literasi. Maklumat Lanjut.

Reruai Kementerian & Jualan Buku Rakyat

Sasaran 5 reruai Kementerian/Agensi dan 100 reruai jualan buku rakyat, tersedia fizikal dan dalam talian.

Zon OKU & Akses Buku

Zon khas untuk golongan OKU dan berkeperluan khas — memastikan akses buku yang inklusif untuk semua.

Khutbah Jumaat & Trak-Trak Makanan

Khutbah Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan dan pelbagai trak makanan untuk pengunjung setempat.

Pocket Event
Kota Baca 2026

Selain program utama, pelbagai aktiviti tematik dirancang untuk merangkul pelbagai segmen — daripada inovasi digital, budaya belia, hingga kolaborasi industri dan komuniti.

  • Himpunan Tukar Buku Terbesar di Asia Tenggara
    Acara ikonik KOTA BACA yang menyatukan orang ramai dalam gerakan pertukaran buku secara besar-besaran. Simbol perkongsian ilmu, keterlibatan awam dan aspirasi serantau Malaysia.
  • BUKABUKU oleh Keretapi Sarong
    Kolaborasi Keretapi Sarong yang terkenal sebagai salah satu fenomena kebudayaan dalam negara. Gabungan budaya, warisan dan buku dalam satu penyertaan awam yang berwarna-warni. Menampilkan identiti Malaysia secara kreatif sambil menarik pengunjung mendekati dunia pembacaan bersempena dengan Kota Baca 2026.
  • Audio Siar Buku (Podcast)
    Sesi audio siar secara langsung yang menghimpunkan penulis, pembaca dan tokoh industri untuk berkongsi idea, pengalaman dan cerita di sebalik buku. Sesi ini akan berlangsung di Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) pada Sabtu dan Ahad.
  • Stars & Stories: Reading Aloud with a Celebrity
    Sesi bacaan cerita bersama selebriti yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak. Membina minat membaca melalui pengalaman interaktif yang ceria, ekspresif dan mudah diingati.
  • Reruai Kafe Buku & Kopi
    Ruang santai untuk membaca, berbual dan menikmati kopi dalam suasana yang mesra buku. Mengangkat budaya membaca sebagai gaya hidup harian yang dekat dengan masyarakat.
  • Kelah Buku
    Ruang membaca komuniti yang menghidupkan pengalaman membaca secara santai, terbuka dan inklusif. Pengunjung boleh membaca, berbincang dan menyertai aktiviti sampingan berteraskan buku.
  • Temu & Mesra Penulis
    Peluang untuk pembaca bertemu secara langsung dengan penulis kegemaran mereka. Sesi ini membuka ruang interaksi santai, perkongsian inspirasi dan penghargaan terhadap dunia kepengarangan.
  • Program Pengembangan Bahasa Asing
    Aktiviti berasaskan bahasa dan budaya dunia yang memperluas pengalaman literasi pengunjung. Membuka ruang pembelajaran rentas bahasa, rentas budaya dan perspektif global.
  • Buku Nadir/Langka
    Pameran koleksi buku nadir, terbitan lama dan bahan bersejarah yang jarang ditemui. Membawa pengunjung menelusuri khazanah ilmu, warisan penerbitan dan memori intelektual bangsa.
  • Pameran Seni Buku
    Pameran yang menampilkan buku sebagai karya seni, reka bentuk dan ekspresi budaya. Menghubungkan dunia visual, kreativiti dan pembacaan dalam pengalaman yang segar dan menarik.
  • TikTok @ Kota Baca
    Platform kandungan digital yang mengangkat buku melalui video pendek, ulasan kreatif dan trend semasa. Mendekatkan budaya membaca kepada generasi muda dengan pendekatan yang lebih interaktif.
  • Sembang Buku
    Sesi perbincangan santai tentang buku, idea dan isu semasa bersama panel jemputan. Menjadikan buku sebagai bahan dialog awam yang hidup, relevan dan dekat dengan masyarakat.
  • Temu Mesra Sasterawan Negara: Budaya Membaca
    Program ini menghimpunkan Sasterawan Negara sebagai ikon budaya ilmu untuk berkongsi pengalaman, pemikiran dan perjalanan intelektual mereka dalam dunia penulisan dan pembacaan. Sesi ini memberi ruang interaksi langsung antara tokoh sastera dan masyarakat, khususnya generasi muda, bagi menyemai minat membaca secara lebih mendalam dan reflektif.
  • Stesen Derma Buku
    Ruang untuk orang ramai menyumbang buku kepada komuniti yang memerlukan. Menjadikan KOTA BACA bukan sekadar acara membaca, tetapi juga gerakan berkongsi ilmu dan manfaat sosial.
  • Papan Petik Kata
    Instalasi kata-kata pilihan daripada buku, tokoh dan karya besar untuk tatapan umum. Menjadikan petikan bermakna sebagai pengalaman visual, reflektif dan mudah dikongsi.
  • Gemuruh Dalam Puisi
    Pentas deklamasi dan persembahan puisi yang menghidupkan keindahan bahasa dan emosi. Membawa puisi lebih dekat kepada khalayak melalui suara, ritma dan penghayatan bersama.
  • Program Memperkasakan Jawi (Laman Jawi) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
    Program Laman Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan inisiatif strategik untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi sebagai warisan bahasa dan peradaban Melayu. Melalui pendekatan interaktif seperti bengkel asas Jawi, aktiviti transliterasi, permainan bahasa serta pameran bahan klasik, pengunjung didedahkan kepada keindahan dan kepentingan Jawi dalam sejarah keilmuan.

Tarikh & Tempat

Khamis, 23 April 2026

Pelancaran Digital

Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia secara dalam talian. Pelancaran Papan Pemuka Peta Malaysia Membaca, cabaran #BookTokMalaysia, dan jualan buku dalam talian melalui Book Capital dan TikTok Shop.

24
APR
Jumaat, 24 April 2026

Hari Pertama — Dataran Merdeka

Kelah Buku, Audio Siar Buku (Podcast) & Persembahan Teater serta Aktiviti-Aktiviti di Reruai yang menarik.

25
APR
Sabtu, 25 April 2026

Hari Kedua — Program Utama

Pelancaran Kota Baca 2026 sebagai simbolik agenda pembudayaan pembacaan dalam negara, Himpunan Tukar Buku Terbesar di Asia Tenggara & Jualan Buku Rakyat, Pocket Shows dan Aktiviti Interaktif di seluruh kawasan acara.

Ahad, 26 April 2026

Hari Terakhir — Penutup Meriah

Larian Karakter Buku, Pelbagai Aktiviti Reruai yang menarik, serta Trak-Trak buku dan Makanan untuk dikunjungi.

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Lokasi ikonik pusat bandar raya — ruang awam terbuka yang menyambut seluruh lapisan rakyat Malaysia. Program digital serentak melalui web KPM, Book Capital, dan platform media sosial.

Sasaran Audiens

KOTA BACA 2026 merangkul semua lapisan masyarakat — dari penjawat awam hingga golongan berkeperluan khas, dari belia hingga industri buku nasional.

Rakyat Umum

Keluarga, belia, dan kanak-kanak melalui Kelah Buku & Tukar Buku

Penjawat Awam

Warga 5 Kementerian & Agensi Pusat melalui Reruai Kementerian

Industri Buku

Penerbit, penulis, penterjemah, penjual, dan kedai buku

Institusi Pendidikan

Sekolah, universiti, dan kolej (KPM & KPT) melalui Larian Buku 5KM

Komuniti Rentan

Golongan OKU dan berkeperluan khas melalui Zon OKU & Akses Buku

50,000 – 100,000
Sasaran Pengunjung Fizikal

Pasport
Kota Baca

Aktiviti teras yang menjadikan pengalaman di KOTA BACA 2026 benar-benar berbeza — setiap peserta mendapat pasport eksklusif untuk dikumpul setemnya di seluruh kawasan acara.

Kumpul Cap Setem di Setiap ReruaiLawati reruai Kementerian dan Agensi, kumpul setem eksklusif sebagai bukti penyertaan anda dalam ekosistem Kota Baca.

Kepelbagaian Program Signature KementerianSetiap reruai menawarkan aktiviti unik — Jester/Teater Jalanan, Bengkel Penanda Buku, Larian Karakter Buku, dan Kereta Api Sarung Buku.

Integrasi Buku & TeknologiFokus khusus kepada penggunaan AI dan pameran buku digital untuk menarik minat pelbagai peringkat audiens.

Pasport Kota Baca
Passport Stamps

Sasaran Impak

Kejayaan KOTA BACA 2026 diukur melalui tiga dimensi — output, outcome, dan mekanisme pelaporan — bagi memastikan impak yang berterusan terhadap budaya membaca negara.

Output (KPI)
  • Sasaran 50,000 – 100,000 pengunjung fizikal
  • Nilai jualan buku yang disasarkan
  • Jumlah tontonan digital yang dicapai
Outcome (KPI)
  • Peningkatan kesedaran hak cipta dan budaya membaca
  • Sentimen positif rakyat terhadap literasi
Mekanisme (KPI)
  • Laporan Impak Nasional pasca program
  • Audit Kewangan Pasca Program

Sasaran Utama Jangka Panjang

23 April — Hari Buku Nasional Setiap Tahun di Seluruh Negara

chatbot icon
Chat Bantuan 📘 ×