Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia
KOTA BACA 2026 adalah acara peringkat nasional yang diadakan sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia (UNESCO) yang jatuh pada 23 April setiap tahun. Melalui pendekatan hibrid yang menggabungkan program fizikal di Dataran Merdeka dan platform digital, program ini bertujuan mengangkat literasi sebagai norma sosial dan gaya hidup seluruh rakyat Malaysia.
Satu landasan strategik untuk melahirkan generasi Malaysia MADANI yang berilmu, beradab, dan berkemahiran.
KOTA BACA 2026 sejajar dengan empat tonggak dasar utama negara, melibatkan kerjasama rentas 5 Kementerian.
Menyokong teras Daya Cipta dan Ihsan melalui pembangunan modal insan berpengetahuan tinggi.
Memperkasa agenda literasi merentas kurikulum dan komuniti institusi pendidikan.
Mengukuhkan ekosistem perbukuan, merancakkan industri penerbitan, dan menjamin akses bahan bacaan berkualiti.
Meraikan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia sebagai komitmen antarabangsa Malaysia.
Menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai agenda nasional yang wajib.
Membawa buku ke ruang awam (Dataran Merdeka) dan ruang digital yang mudah diakses.
Model pelaksanaan yang kos efektif, boleh diukur, dan berimpak tinggi.
Program KOTA BACA 2026 dilaksanakan secara hibrid — menggabungkan komponen digital pada hari pertama dengan program fizikal berskala besar di Dataran Merdeka selama tiga hari berikutnya.
Simbolik agenda pembudayaan pembacaan Malaysia "Di Kota Ini, Semua Membaca"
Penyertaan awam Keretapi Sarong menyerlahkan identiti Malaysia melalui budaya dan warisan, sambil memupuk minat membaca bersempena Kota Baca 2026.
Sesi perbincangan santai dan pertukaran buku antara peserta — membina komuniti pembaca yang aktif.
Larian bersama sempena kempen membaca — menggabungkan gaya hidup aktif dengan budaya literasi. Maklumat Lanjut.
Acara ikonik KOTA BACA yang menyatukan orang ramai dalam gerakan pertukaran buku secara besar-besaran. Simbol perkongsian ilmu, keterlibatan awam dan aspirasi serantau Malaysia.
Persembahan Teater yang menggabungkan pelbagai elemen menarik nilai penting aspek pembacaan ini diselia oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM
Reruai agensi dan jualan buku rakyat tersedia fizikal dan dalam talian.
Zon khas untuk golongan OKU dan berkeperluan khas — memastikan akses buku yang inklusif untuk semua.
Khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan.
Aktiviti teras yang menjadikan pengalaman di KOTA BACA 2026 benar-benar berbeza — setiap peserta mendapat pasport eksklusif untuk dikumpul setemnya di seluruh kawasan acara.
Kumpul Cap Setem di Setiap ReruaiLawati reruai Kementerian dan Agensi, kumpul setem eksklusif sebagai bukti penyertaan anda dalam ekosistem Kota Baca.
Kepelbagaian Program Signature KementerianSetiap reruai menawarkan aktiviti unik — Jester/Teater Jalanan, Bengkel Penanda Buku, Larian Karakter Buku, dan Kereta Api Sarung Buku.
Integrasi Buku & TeknologiFokus khusus kepada penggunaan AI dan pameran buku digital untuk menarik minat pelbagai peringkat audiens.
Barangan berkualiti tinggi, direka khas untuk kenangan yang bermakna. Stok adalah terhad.
Lihat semua barangan
Memaparkan statistik buku secara dinamik dan interaktif, memberi gambaran jelas tentang trend literasi di seluruh negara
Lihat Sekarang!
Lagu Tema Kota Baca
Kota Baca 2026